Ucapan
YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa perdebatan Rang
Undang-Undang Pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 pada 10-Disember-2018
Saya bangun untuk
menyertai perdebatan Rang Undang-Undang Pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971.
Kalau
kita imbas balik legislative history untuk AUKU. Akta ini yang diwujudkan pada tahun 1971
telahpun dipinda 6 kali sepanjang kewujudannya. 1971, 1975, 1983, 1996, 2009
dan 2012.
Saya mengalu-alukan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti
1971 (Akta 30). Satu milestone untuk student activism untuk kampus di Malaysia.
Tetapi, satu Quick Fix.
(a)
Seksyen 15(2) (c) Meniadakan larangan ke atas
pelajar Universiti untuk terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus.
Dengan pindaan yang dicadangkan, hak pelajar Unvesiti untuk menyertai aktiviti
parti politik tidak lagi disekat.
(b)
Fasa 3
Kecualian untuk semua tindakan tatatertib terhadap on-going hendaklah
dihentikan.
Saya mengharapkan satu overhaul terhadap AUKU untuk
mengembalikan kebebasan akademik, kebebasan bersuara, kebebasan berfikir kepada
mahasiswa/i, pensyarah universiti.
Pindaan Akta akan melibatkan Pelajar-pelajar IPTA, IPTS,
Perguruan, UITM, UIA (ada kaedah pelajar sendiri). Tertinggal pula Aswara – Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan yang ditadbir di bawah Akta Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653) di bawah Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Kenapa pelajar-pelajar Aswara tidak
mendapat kebebasan seperti pelajar IPTA yang lain. Adakah ini satu overlook
atau satu ketinggalan yang disengajakan?
Ini juga sejajar dengan proposal kerajaan untuk menurunkan
usia pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.
Kebebasan berpolitik perlu ada prasyarat: kebebasan
bersuara, kebebasan berfikir, hak autonomi persatuan-persatuan mahasiswa dan
peranan mahasiswa/mahasiswi.
Saya juga mempunyai reservation di mana seksyen 15 dan
seksyen 16 masih belum digugurkan dan saya meminta satu overhaul AUKU
digantikan dengan sepenuhnya pada masa depan.
15. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar
Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau
kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana
parti politik.
(2) Seseorang pelajar
Universiti tidak boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau
kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia;
(b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau
kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga
sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti
itu; atau
(c) terlibat dalam
aktiviti parti politik di dalam Kampus.
1.
Kuasa
Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan
atau kumpulan pelajar 16. (1) Jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
pelajar Universiti menjalankan urusannya dengan cara yang, pada pendapat Naib
Canselor, boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau
kesentosaan Universiti, atau kepada kepentingan atau kesentosaan mana-mana
daripada pelajar atau pekerja Universiti, atau kepada ketenteraman atau
keselamatan awam, atau jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan itu
melanggar mana-mana undangundang bertulis, Naib Canselor boleh, selepas memberikan
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti itu suatu peluang untuk
membuat representasi bertulis, menggantung atau membubarkan pertubuhan, badan
atau kumpulan itu.